Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 1 December 2011

Cukuplah Aku Mencintai Dirimu Dalam Diam



Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha Mengetahui siapa jodoh kita.
Cintailah dia dalam diam,
Dari kejauhan dengan kesederhanaan & keikhlasan.
Jika benar cinta itu kerana Allah, maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya,
ia berhulu dari Allah, 
maka ia pun berhilir hanya kepada Allah!

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah."
(Adz-Dzariat : 49)

Tetapi, jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah.

"Dan janganlah kamu mendekati zina ; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa : 32)

Ketika mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, 
Allah S.W.T mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas,
Allah S.W.T tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.


Cukup cintai dalam diam bukan kerana membenci hadirnya tetapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia tetapi meraih syurga-NYA.
Bukan kerana lemah untuk menghadapinya tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.
Cukup mencintai dari kejauhan,
kerana hadirmu tidak akan mampu menjauhkan dari ujian,
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan,
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.
Cukup cintainya dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan,
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan.
Cintailah dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Talib diingini hati.
Tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salaman Al Farisi..??

"Boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al- Baqarah : 216)


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai.
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dengan cara-NYA yang tersendiri.
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan penuh kesederhanaan & keikhlasan.
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan.
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.
Serahkan rasa itu pada Yang Maha Memberi dan Memilikinya.
Biarkan Dia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya  akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love him / her you won't touch him / her.
Not even the slightest bit.
You'll protect him / her dignity sacredness as a muslim.
Just hold her in your heart for a few years...
Then you can do it the halal way.

"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka beerti ia telah sempurna imannya."
(HR. Al-Hakim)


P/S : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta dan rindu, tentang doa dan harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.

P/SS : Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba, biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu...

Sekian... 

Sunday, 27 November 2011

(MUHASABBAH) AKU TAK SEMBAHYANG TAPI AKU BERJAYA



Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah apa yang kita faham selama ini tidak benar?
Maka saya hendak bertanya kepada anda.
Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?
Saya yakin tidak..
Anda tenang sekarang?
Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula
Yang baik hanya dari Allah SWT, yang buruk itu dari diri saya sendiri…
Wassalam.


Saturday, 19 November 2011

10 Gangguan Syaitan Ketika Solat



Antara gangguan ketika melakukan solat adalah:
1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratulihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.
Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.
Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.
2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat
Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.
“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah kekiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).
3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat,syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yangbermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.
Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi danjika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.
Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orangitu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).
5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.
Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.
Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud(thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (HadisRiwayat Bukhari dan Muslim).
6) Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.
“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).
7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat
Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat kekiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu,selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).
8) Menguap dan mengantuk
Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.”(Hadis Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya(menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
9) Bersin berulang kali ketika solat
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).
Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”
10) Terasa ingin buang angin atau buang air
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (HadisRiwayat Muslim).
Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.
~Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Saturday, 5 November 2011

Salam Aidil Adha..




Assalamualaikum..
Takbir, ALLAHU AKBAR!!
Salam 'aidil adha semua.. ma'a barakatillah fii kulli sanah...


Friday, 4 November 2011

new design..


Assalamualaikum..
Okey, berkaitan ngn tajuk di atas, mesti korang prasan kan design blog aku dh berubah.. Huhuhu..
Simple je design ni..
#lazy post~

p/s: header blog sekadar hiasan.. sekian terima kasih..

Saturday, 29 October 2011

Birthday Girl~

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...

Assalamualaikum w.b.t. Post kali ni aku ingin menceritakan tentang hari jadi... Sapenye hari jadi nih???
Jeng...jeng...jeng...



It's a girl!! hehe..That's me..
tanggal 27 Okt, hari yg paling ku tunggu... Happy Birthday Yaya!! Ucapan yg paling awal ku terima dari mama dan papa yg tercinta.. Malam sebelum 27 Okt.. For the first time, aku dibaling tepung dan dicurahkan teloq oleh kwn2 sekolej... Yucks!!! Busuk ar!! Free2 je dapat mkn tepung yg ntah ape brand yg disediakn khas dari Kak Syiera, Fatin, Ecah ngn Wani utk aku ngn Jannah (yg sambut hri jadi sama ngn aku)... Apa lagi, berlari bekejaran la kami... hahaha... Paling x leh blah sempat ambik gmbar sbg kenangan...


#kredit to pakcik jaga sbb amek kn gamba#

Habis busuk baju biru kesayanganku... huhuhu.. Dah basuh bnyk kali pon x mau hilang gak bau hanyir teloq tu...
Esoknye dpt bnyak ucapan birthday and tahniah!! anda dah tua(huhu, dh tua gak aku)
From Sharifah@Kak Pah, Syud, Bibi, Zara, Izan, Kak Yana, Sya...
Paling aku suka...(excited) Aulia nyanyi utk aku!! hahah..comel benar suara anda... Bak Shila Amzah gitu.. Trimas Aulia!! Love u~ 
Tdk dilupakan jugak Hajar Miyaomi@Umi (^_^) yg beri msj yg cukup brmakna... Thanks!! Love u jgak~
Tidak dilupakn jgak ucapan terima kasih kp kwn2 yg lain yg bagi mesej, yg call dan yg lain2..(^_^) 
Kamsahamnida!!




Monday, 3 October 2011

menangis . . .

al-kisah! semoga kita dapat iktibar daripadanya..
pada setiap Jumaat,, selepas selesai menunaikan solat Jumaat.. 
seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk
"Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain..


pada satu Jumaat yang indah,,  pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
 seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu,, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun..
anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata,,
 
"ayah! saya dah bersedia.."


ayahnya terkejut dan berkata,,
"bersedia untuk apa?"..


"ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah..?"

"anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat.."

"ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun.."

ayahnya menambah,, 
"ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini.."

dengan merintih anaknya merayu,, 
"benarkan saya pergi ayah?"

ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "pergilah nak dan berhati-hatilah.. Allah bersama-sama kamu!"

"terima kasih ayah!!" 


dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu..
anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya.. 
begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya..
setelah dua jam,, hanya tinggal satu saja risalah 
"Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya.. 
dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
 ada risalah di tangannya.. 
dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
 siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.. 
akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.. 
apabila sampai sahaja anak itu di
 rumah itu,, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali..
ditunggunya sebentar
 dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.. 
diketuk pula pintu itu namun
 sekali lagi tiada jawapan.. 
ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
 mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.. 
dia mengambil
 keputusan menekan loceng sekali lagi.. 
akhirnya pintu rumah itu dibuka..

berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an..
mukanya suram dan sedih.. 
"nak,, apa yang makcik boleh bantu?"

wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit..
"makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.. saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah.."



dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi..
"terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu.." 
dalam nada yang lembut..

minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
 memberikan ceramahnya.. sebelum selesai dia bertanya,,
 "ada sesiapa nak menyatakan sesuatu..?"

tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri.. dia adalah perempuan separuh umur itu..
 
"saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.. saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali.. untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.. suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini.." 


air mata mulai bergenang di kelopak matanya..
"pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri.. jadi saya ambil kerusi dan tali.. saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni.. saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.. apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi.. saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.. kemudian ia berbunyi lagi.. kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi.. saya bertanya sekali lagi.. belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.. lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu.."
"seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat.."
 


"makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.." 


"itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar.."

"saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan.. saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat.. akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.. aku tak perlukan itu lagi.."

"lihatlah,, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH.. di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini.. jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka.."

tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering.. 
ramai pula yang
 berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya..
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya..
 tiada anugerah
 yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini.. iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya.. 
seorang anak yang seumpama malaikat..

biarkanlah air mata itu menitis.. air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang..


*tangisan air mata membawaku ke syurga milik-NYA..*
"sesiapa yang dapat menangis, hendaklah ia menangis.. dan sesiapa yang tak mampu melakukannya, maka hendaklah ia menyedihkan hatinya dan berlaku seperti orang yang sedang menangis kerana hati yg keras itu jauh dari Allah, namun masih ramai orang yang tak menyedarinya.." - HADIS

menangislah kerana Allah..
wallahu a'alam..